Search This Blog
Monday, March 14, 2011
15 Bijik
Pada 20.02.2011 yang lalu, saya ada mengikuti satu program bergotong-royong di sebuah Taman Perumahan. Saya terdengar seorang pegawai Agensi Antidadah telah bercakap dengan anak buahnya. orang itu berkata " Ha,betullah tempat ni. Lori MBPJ ada 15 bijik". Berdasarkan tatabahasa Bahasa Melayu, penggunaan 15 biji untuk menunjukkan bilangan lori itu tidak tepat kerana biji hanya sesuai digunakan untuk sayur-sayuran, buah dan benda-benda kecil. Penggunaan penjodoh bilangan yang sesuai ialah buah kerana buah digunakan untuk benda-benda yang besar dan padu dan tidak mempunyai bentuk. Hal ini mestilah diambil kira dalam percakapan seharian kerana bahasa yang betul dapat menunjukkan bangsa sesuatu negara itu unggul.
Pemandu Atau Penunggang?
Pada hari ini saya berjalan-jalan di sekitar masjid Jamek di Kuala Lumpur. Semasa saya berjalan, sebuah motosikal lalu ditepi saya. Saya ada terbaca papan tanda yang tertulis pada belakang motosikal tersebut iaitu AWAS PEMANDU CACAT. Penggunaan pemandu itu tidak sesuai digunakan kerana, orang yang membawa motosikal di sebut sebagai penunggang motosikal bukannya pemandu. Pemandu digunakan untuk orang yang membawa kenderaan yang berpintu dan bertutup seperti kereta, lori, dan lain-lain lagi. Oleh yang demikian, masyarakat perlulah berhati-hati menggunakan bahasa yang sesuai supaya generasi yang membacanya tidak keliru dengan penggunaan yang sepatutnya.
Sunday, February 20, 2011
Peribahasa Baru
Pada hari ini saya telah menghadiri satu kuliah. Dalam kuliah tersebut saya mendapat satu peribahasa baru daripda pensyarah yang mengajar. Beliau mengatakan "mangkuk tingkat, kuali tingkat". Peribahasa yang digunakan oleh pensyarah ini sebenarnya bertujuan menyindir pelajar yang tidak memberikan komitmen yang tinggi terhadap pembelajaran mereka.
Sunday, February 13, 2011
Kesalahan Tatabahasa
Pada hari ini, saya dan rakan pergi ke fakulti bahasa. Kami berurusan dengan kakitangan di kaunter fakulti bahasa. kakitangan yang melayan kami memberitahu bahawa praktikum akan diumumkan dari " masa ke semasa" . Jadi, kesalahan yang telah dilakukan dalam penggunaan bahasa ialah dari masa ke semasa sepatutnya dari masa ke masa ataupun dari semasa ke semasa.
bahasa kurang sopan
Hari ini, saya terdengar kawan saya berkata "telefon 2 bengong, bawa kemari". perkataan bengong menjadi perkara biasa dalam kalangan masyarakat dan ia merupakan bahasa yang kurang sopan. Oleh itu, bersopanlah ketika berkata-kata.
Berbudi Bahasa itu Amalan Mulia
Pada satu hari, saya telah menaiki sebuah LRT. Dalam LRT tersebut, saya terdengar sekumpulan ndividu yang dalam lingkungan remaja sedang bercerita. Mereka berkelakuan kurang sopen kerana cara mereka bercakap itu secara terpekik-pekik dan membuatkan orang di sekeliling memandang mereka. Bukan setakat itu sahaja, mereka juga mengeluarkan perkataan-perkataan kesat seperti pukimak, bodoh, sial dan sebagainya. Moral masyarakat kini terutamanya remaja adalah rendah jika berkelakuan seperti itu.
Tuesday, February 8, 2011
Bahasa Iklan
Hari ini saya ada terbaca satu iklan mengenai promosi pembukaan kedai roti. Dalam iklan tersebut, penulis menulis "pasti sedap mestu mauu!"!..penggunaan huruf u sebanyak dua kali jika dibaca dengan betul akan menyebabkan maksud yang disampaikan itu tidak difahami oleh pembaca. Namun, bahasa iklan tersebut bertujuan memujuk pembeli untuk datang ke kedai tersebut. Walau bagaimanapun, penulisan yang sedemikian menyalahi ejaan dalam bahasa Melayu.
Subscribe to:
Posts (Atom)