Search This Blog

Tuesday, March 22, 2011

pelihara bahasa kita.

27 Jul - DBP Boleh Hukum Pesalah Bahasa

KUALA LUMPUR : Pindaan kepada Akta DBP 1959 ( Akta 213) yang diperingkat akhir pembetulan, difahamkan memberi kuasa kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menghukum pesalah bahasa termasuk denda dan penjara. Bagaimanapun, penguatkuasaannya dikatakan hanya dalam konteks rasmi dan tidak membabitkan urusan tidak rasmi kerana ia bukan bertujuan menafikan hak kebebasan berbahasa.
Sumber memberitahu Berita Harian, pindaan Akta DBP 1959 memberi kuasa menghukum pesalah bahasa tanpa mengehadkan kepada penggunaan bahasa Melayu di papan tanda dan iklan, tetapi turut membabitkan semua majlis rasmi yang memerlukan penggunaan bahasa kebangsaan seperti termaktub dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963.
“Kata kunci dalam memahami ruang lingkup menghukum pesalah bahasa dalam pindaan itu ialah rasmi dan kita juga memberi tumpuan terhadap penggunaan bahasa kebangsaan di tempat awam atau mempunyai kepentingan awam,” katanya kepada Berita Harian.
Pindaan juga akan melengkapkan tujuh kuasa kepada DBP dalam menggalakkan perkembangan bahasa dan kesusasteraan di negara ini, iaitu memberi arahan, ulasan, nasihat, bantuan, bimbingan, latihan atau pengawasan.
Sementara itu, Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz, berkata pindaan berkenaan kini pada peringkat akhir pembetulan selepas draf cadangannya diteliti Kementerian Pelajaran, baru-baru ini.
“Dokumen pindaan Akta DBP 1959 yang dihantar kepada Kementerian Pelajaran sudah diserahkan untuk pembetulan.
“Saya tidak perlu memperincikan komen Kementerian Pelajaran, kerana ia masih menjadi rahsia,” katanya ketika ditemui di DBP di sini, baru-baru ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengapa proses pindaan Akta DBP 1959 mengambil masa terlalu lama, walaupun Kabinet bersetuju memberi kuasa menghukum pesalah bahasa termasuk kesalahan pada papan tanda dan iklan kepadanya pada 2006.
Ketika itu, Kabinet memutuskan untuk memberi kuasa menghukum pesalah bahasa kepada DBP dengan meminda akta berkenaan, hasil memorandum bersama Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (ketika itu)
Sejak 10 tahun lalu, lebih 212 premis dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana kesalahan bahasa dalam iklan daripada segi ejaan atau penterjemahan, saiz huruf bahasa Melayu lebih kecil, tidak mengutamakan bahasa kebangsaan dan menggunakannya di bahagian atas papan iklan.

Sumber: Berita Harian

Pengaruh dialek

Jika di lihat pada gambar di atas, sudah tentu kita tahu bahasa negeri mana. Pengaruh bahasa Terengganu yang begitu kuat menyebabkan perkataan tidak mempunyai maksud jika dilihat pada bahasa baku. Perkataan ikang dan ketang itu tidak mempunyai maksud dalam kamus dewan tetapi, dalam bahasa baku ikang itu sebenarnya ialah ikan manakala ketang ialah ketam.

Pengaruh dialek

Dalam bahasa Melayu, perkataan lansir tidak wujud dalam kamus dewan. Perkataan langsir wujud di dalam kamus dewan yang membawa makseud penutup tingkap ataupun tirai.

kesalahan ayat majmuk


 Dalam bahasa Melayu, alat tulis merupakan ayat majmuk yang ditulis terpisah. Oleh yang demikian, papan tanda kedai di atas menyalahi hukum tatabahasa Melayu. penulisan yang betul  ialah "alat tulis."

Senyum dan Mesra

Pada satu hari, saya telah membeli tiket untuk menaiki LRT menuju ke rumah kakak saya. Semasa membeli tiket, saya berurusan di kaunter pembelian. Apa yang menyedihkan saya, penjaga kaunter tersebut langsung tidak mempunyai nilai etika kerja yang cemerlang kerana bertindak kasar dari segi percakapan dan perbuatan. Perbuatan orang tersebut telah membuat orang lain berasa sakit hati dan memandang serong dengan perkhidmatan yang diberikan. Sebagai seorang pekerja yang berhadapan dengan masyarakat, sepatutnya kita mestilah mempamerkan muka yang manis dan berbudi bahasa supaya pelanggan akan berasa senang dan hormat. Oleh yang demikian, jika kita tidak menunjukkan moral yang baik kepada masyarakat, kita tidak akan dapat maju kehadapan.

Saturday, March 19, 2011

Tidak sepatutnya.

Saya dan dua orang rakan saya iaitu Ain dan Eta telah pergi ke kafe di Proton City untuk membeli roti canai. Semasa membeli, Pak Cik yang menebar roti canai tersebut telah menegur seorang budak India yang membeli roti canainya kerana mengambil kuah roti tersebut dengan kuantiti yang banyak. Pada pandangan saya, tidaklah wajar Pak Cik tersebut menegur dan memarahi budak itu kerana, sebagai seorang penjual, Pak Cik tersebut perlulah memuaskan hati pelanggannya. Perbuatan Pak Cik itu, memalukan budak India tersebut dan boleh menyebabkan jualannya tidak laku. Langkah yang wajar ialah, Pak Cik itu jika hendak berniaga untuk maju, perlu menjaga hati dan perasaan pelanggannya. jika pelanggan mengambil dalam kuantiti yang banyak, Pak Cik tersebut hanya perlu mengenakan cas yang sepatutnya, bukan menegur pelanggannya. Oleh yang demikian, sebagi masyarakat yang berbudi pekerti, janganlah kita menegur benda yang tidak sepetutnya kerana ini akan menjejaskan nama baik orang Melayu dan juga keharmonian negara.