Search This Blog

Sunday, January 30, 2011

shit

Pada hari ini saya dan kawan baik saya berjalan di sekitar masjid Jamek. Saya ada terdengar 2 orang lelaki sedang bercerita. Salah seorang daripada mereka berkata "Menyesal aku tak beli tarbus tu, shit betul". Sebagai orang Melayu sudah pasti perkataan itu tidak wajar diungkapkan kerana akan memberikan maksud yang tidak baik jika didengar oleh orang lain.

Wednesday, January 26, 2011

Ketawa

Hari ini saya dan dua orang rakan makan di salah sebua restoran dekat dengan kolej. Saya makan nasi goreng thai, dua orang rakan saya pula menempah nasi goreng paprik tapi apabila tempahan tu siap, yang datang bukannya nasi goreng paprik tapi nasi putih lauk paprik. Dua orang kawan saya pun berasa kecewa sebab lain yang di tempah lain yang dihidangkan. bermulalah kisahnya sedang kami makan, ada sekumpulan perempuan yang duduk makan di kedai yang sama. Seorang daripada perempuan tersebut ketawa terkekeh dengan kuat. Kami pun memandangnya lalu terdiam apabila perasan ramai mata yang memandang ke arahnya. Oleh yang demikian, ketawa itu mesti berpada apabila berada di tempat awam. Nilai kesopanan itu tergambar daripada perilaku seseorang. Sebagai seorang wanita khasnya, perlulah menunjukkan sopan-santun barulah diapandang elok oleh masyarakat.

Tuesday, January 25, 2011

pengaruh bahasa sms

Saya ada terbaca satu kad jemputan yang ditulis oleh pelajar Pendidikan Awal kanak-kanak. Dalam kad jemputan tersebut, saya terbaca ada bahasa sms yang digunakan iaitu, moh ler kiter ke; BENGKEL KESIHATAN KANAK-KANAK..Jadi kesimpulannya, bahasa sms itu semakin meluas digunakan hingga dalam urusan rasmi pun bahasa sms itu digunakan. Pengaruh bahasa sms itu semakin kuat dalam penulisan masyarakat hari ini. Sekian terima kasih.

Pemandu bas kemana?

Hari abtu sudah pasti aktiviti pelajar UPSI mestilah pergi ke pekan kan sebab ada pasar malam. Hari sabtu memang seronok di pasar malam boleh tengok tudung, baju, kasut, selipar, kuih- muih, semua ada. Tapi masalahnya kadang-kadang pengangkutan tidak berjalan dengan lancar. Pelajar terpaksa menunggu lama. para penumpang pun ramai yang menunggu dan yang paling seronok sekali bas penuh sampai kadang-kadang rasa macam bas terlalu berat disebabkan penuh. Sudahlah ramai yang berdiri,  dihimpit-himpit lagi masuk ke dalam. Kasihan pelajar upsi.hehehehe...ceritanya bermula apabila pemandu bas yang saya naik tu tak tahu lah hilang ke mana. Bas sudah penuh, jadi kami pun menunggu dalam jangka masa yang agak lama. ramai yang tertekan dan dengan itu terkeluarlah perkataan yang tidak sepetutnya seperti bengong..adoi...sakit hati, benci dan sebagainya. Jadi disini saya melihat kerana terlalu lama menunggu pemandu bas yang hilang, maka perasaaan marah itu menyebabkan perkataan yang kurang sopan terpaksa di ungkapkan. Inilah ragam masyarakat pada hari ini.