Search This Blog
Tuesday, January 25, 2011
Pemandu bas kemana?
Hari abtu sudah pasti aktiviti pelajar UPSI mestilah pergi ke pekan kan sebab ada pasar malam. Hari sabtu memang seronok di pasar malam boleh tengok tudung, baju, kasut, selipar, kuih- muih, semua ada. Tapi masalahnya kadang-kadang pengangkutan tidak berjalan dengan lancar. Pelajar terpaksa menunggu lama. para penumpang pun ramai yang menunggu dan yang paling seronok sekali bas penuh sampai kadang-kadang rasa macam bas terlalu berat disebabkan penuh. Sudahlah ramai yang berdiri, dihimpit-himpit lagi masuk ke dalam. Kasihan pelajar upsi.hehehehe...ceritanya bermula apabila pemandu bas yang saya naik tu tak tahu lah hilang ke mana. Bas sudah penuh, jadi kami pun menunggu dalam jangka masa yang agak lama. ramai yang tertekan dan dengan itu terkeluarlah perkataan yang tidak sepetutnya seperti bengong..adoi...sakit hati, benci dan sebagainya. Jadi disini saya melihat kerana terlalu lama menunggu pemandu bas yang hilang, maka perasaaan marah itu menyebabkan perkataan yang kurang sopan terpaksa di ungkapkan. Inilah ragam masyarakat pada hari ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment