Search This Blog

Thursday, March 17, 2011

Pensyarah bahasa Melayu

Dalam majlis ilmu yang sama pada 5.03.2011 yang lalu, seorang pensyarah bahasa Melayu juga telah menggunakan bahasa rojak dalam pembentangannya iaitu seperti next dan sorry. Bahasa Melayu telah menerima cabaran yang kuat daripada bahasa Ingeris. oleh yang demikian, sebagai seorang pensyarah bahasa Melayu tidaklah wajar menggunakan bahasa rojak terutamanya dalam majlis rasmi seperti majlis ilmu tersebut.

Profesor Emeritus Dato' Dr.

Pada 5.03.2011 yang lalu saya telah menghadiri satu majlis ilmu. Majlis itu dihadiri oleh golongan intelektual seperti profesor dan pensyarah. Dalam majlis tersebut, seorang profesor telah menggunakan bahasa Inggeris seperti next dan anyway dalam pembentangan beliau. Dari sini, kita dapat lihat, penggunaan Bahasa rojak itu sendiri oleh profesor bahasa Melayu. Oleh yang demikian, sebagai seorang pensyarah dan profesor bahasa Melayu, mereka mestilah menggunakan bahasa Melayu dengan betul supaya para pelajar dapat meneladani mereka.

Beb

Pada 23.02.2011 yang lalu saya pergi ke rumah rakan saya untuk membuat kerja kursus kumpulan. Semasa membuat kerja, rakan sebilik rakan saya itu, sedang bercakap di telefon. Sepanjang perbualan tersebut, dia ada bercakap iaitu assaigment aku baru 15 page beb. oleh yang demikian, orang yang mengujarkan ayat tersebut di lihat seperti satu gaya dalam pengucapan.

Indahnya

Saya mendapat ilmu baru dan berasa insaf dengan kata-kata yang dilontarkan oleh seorang pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris iaitu "Kalau ilmu kita setinggi gunung, rendahkan diri kita seluas lautan". Pepatah ini terlalu bermakna kerana dapat menjadi pengajaran kepada masyarakat supaya tidak tinggi diri dengan ilmu yang dimiliki. Begitu indah pepatah melayu dan sungguh bersopan santun dalam memberikan nasihat. Pepatah ini juga perlu selalu di ingat agar kita sentaiasa merendah diri walau dimana juga berada. Bersama-sama kita menghayatinya.

my mother-lagu nasyid inggeris

Monday, March 14, 2011

15 Bijik

Pada 20.02.2011 yang lalu, saya ada mengikuti satu program bergotong-royong di sebuah Taman Perumahan. Saya terdengar seorang pegawai Agensi Antidadah telah bercakap dengan anak buahnya. orang itu berkata " Ha,betullah tempat ni. Lori MBPJ ada 15 bijik". Berdasarkan tatabahasa Bahasa Melayu, penggunaan 15 biji untuk menunjukkan bilangan lori itu tidak tepat kerana biji hanya sesuai digunakan untuk sayur-sayuran, buah dan benda-benda kecil. Penggunaan penjodoh bilangan yang sesuai ialah buah kerana buah digunakan untuk benda-benda yang besar dan padu dan tidak mempunyai bentuk. Hal ini mestilah diambil kira dalam percakapan seharian kerana bahasa yang betul dapat menunjukkan bangsa sesuatu negara itu unggul.

Pemandu Atau Penunggang?

Pada hari ini saya berjalan-jalan di sekitar masjid Jamek di Kuala Lumpur. Semasa saya berjalan, sebuah motosikal lalu ditepi saya. Saya ada terbaca papan tanda yang tertulis pada belakang motosikal tersebut iaitu AWAS PEMANDU CACAT. Penggunaan pemandu itu tidak sesuai digunakan kerana, orang yang membawa motosikal di sebut sebagai penunggang motosikal bukannya pemandu. Pemandu digunakan untuk orang yang membawa kenderaan yang berpintu dan bertutup seperti kereta, lori, dan lain-lain lagi. Oleh yang demikian, masyarakat perlulah berhati-hati menggunakan bahasa yang sesuai supaya generasi yang membacanya tidak keliru dengan penggunaan yang sepatutnya.