Search This Blog

Sunday, February 20, 2011

Peribahasa Baru

Pada hari ini saya telah menghadiri satu kuliah. Dalam kuliah tersebut saya mendapat satu peribahasa baru daripda pensyarah yang mengajar. Beliau mengatakan "mangkuk tingkat, kuali tingkat". Peribahasa yang digunakan oleh pensyarah ini sebenarnya bertujuan menyindir pelajar yang tidak memberikan komitmen yang tinggi terhadap pembelajaran mereka.

Sunday, February 13, 2011

Kesalahan Tatabahasa

Pada hari ini, saya dan rakan pergi ke fakulti bahasa. Kami berurusan dengan kakitangan di kaunter fakulti bahasa. kakitangan yang melayan kami memberitahu bahawa praktikum akan diumumkan dari " masa ke semasa" . Jadi, kesalahan yang telah dilakukan dalam penggunaan bahasa ialah dari masa ke semasa sepatutnya dari masa ke masa ataupun dari semasa ke semasa.

bahasa kurang sopan

Hari ini, saya terdengar kawan saya berkata "telefon 2 bengong, bawa kemari". perkataan bengong menjadi perkara biasa dalam kalangan masyarakat dan ia merupakan bahasa yang kurang sopan. Oleh itu, bersopanlah ketika berkata-kata.

Berbudi Bahasa itu Amalan Mulia

Pada satu hari, saya telah menaiki sebuah LRT. Dalam LRT tersebut, saya terdengar sekumpulan ndividu yang dalam lingkungan remaja sedang bercerita. Mereka berkelakuan kurang sopen kerana cara mereka bercakap itu secara terpekik-pekik dan membuatkan orang di sekeliling memandang mereka. Bukan setakat itu sahaja, mereka juga mengeluarkan perkataan-perkataan kesat seperti pukimak, bodoh, sial dan sebagainya. Moral masyarakat kini terutamanya remaja adalah rendah jika berkelakuan seperti itu.

Tuesday, February 8, 2011

Bahasa Iklan

Hari ini saya ada terbaca satu iklan mengenai promosi pembukaan kedai roti. Dalam iklan tersebut, penulis menulis "pasti sedap mestu mauu!"!..penggunaan huruf u sebanyak dua kali jika dibaca dengan betul akan menyebabkan maksud yang disampaikan itu tidak difahami oleh pembaca. Namun, bahasa iklan tersebut bertujuan memujuk pembeli untuk datang ke kedai tersebut. Walau bagaimanapun, penulisan yang sedemikian menyalahi ejaan dalam bahasa Melayu.

Sunday, January 30, 2011

shit

Pada hari ini saya dan kawan baik saya berjalan di sekitar masjid Jamek. Saya ada terdengar 2 orang lelaki sedang bercerita. Salah seorang daripada mereka berkata "Menyesal aku tak beli tarbus tu, shit betul". Sebagai orang Melayu sudah pasti perkataan itu tidak wajar diungkapkan kerana akan memberikan maksud yang tidak baik jika didengar oleh orang lain.

Wednesday, January 26, 2011

Ketawa

Hari ini saya dan dua orang rakan makan di salah sebua restoran dekat dengan kolej. Saya makan nasi goreng thai, dua orang rakan saya pula menempah nasi goreng paprik tapi apabila tempahan tu siap, yang datang bukannya nasi goreng paprik tapi nasi putih lauk paprik. Dua orang kawan saya pun berasa kecewa sebab lain yang di tempah lain yang dihidangkan. bermulalah kisahnya sedang kami makan, ada sekumpulan perempuan yang duduk makan di kedai yang sama. Seorang daripada perempuan tersebut ketawa terkekeh dengan kuat. Kami pun memandangnya lalu terdiam apabila perasan ramai mata yang memandang ke arahnya. Oleh yang demikian, ketawa itu mesti berpada apabila berada di tempat awam. Nilai kesopanan itu tergambar daripada perilaku seseorang. Sebagai seorang wanita khasnya, perlulah menunjukkan sopan-santun barulah diapandang elok oleh masyarakat.