Search This Blog

Tuesday, March 22, 2011

pelihara bahasa kita.

27 Jul - DBP Boleh Hukum Pesalah Bahasa

KUALA LUMPUR : Pindaan kepada Akta DBP 1959 ( Akta 213) yang diperingkat akhir pembetulan, difahamkan memberi kuasa kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menghukum pesalah bahasa termasuk denda dan penjara. Bagaimanapun, penguatkuasaannya dikatakan hanya dalam konteks rasmi dan tidak membabitkan urusan tidak rasmi kerana ia bukan bertujuan menafikan hak kebebasan berbahasa.
Sumber memberitahu Berita Harian, pindaan Akta DBP 1959 memberi kuasa menghukum pesalah bahasa tanpa mengehadkan kepada penggunaan bahasa Melayu di papan tanda dan iklan, tetapi turut membabitkan semua majlis rasmi yang memerlukan penggunaan bahasa kebangsaan seperti termaktub dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963.
“Kata kunci dalam memahami ruang lingkup menghukum pesalah bahasa dalam pindaan itu ialah rasmi dan kita juga memberi tumpuan terhadap penggunaan bahasa kebangsaan di tempat awam atau mempunyai kepentingan awam,” katanya kepada Berita Harian.
Pindaan juga akan melengkapkan tujuh kuasa kepada DBP dalam menggalakkan perkembangan bahasa dan kesusasteraan di negara ini, iaitu memberi arahan, ulasan, nasihat, bantuan, bimbingan, latihan atau pengawasan.
Sementara itu, Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz, berkata pindaan berkenaan kini pada peringkat akhir pembetulan selepas draf cadangannya diteliti Kementerian Pelajaran, baru-baru ini.
“Dokumen pindaan Akta DBP 1959 yang dihantar kepada Kementerian Pelajaran sudah diserahkan untuk pembetulan.
“Saya tidak perlu memperincikan komen Kementerian Pelajaran, kerana ia masih menjadi rahsia,” katanya ketika ditemui di DBP di sini, baru-baru ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengapa proses pindaan Akta DBP 1959 mengambil masa terlalu lama, walaupun Kabinet bersetuju memberi kuasa menghukum pesalah bahasa termasuk kesalahan pada papan tanda dan iklan kepadanya pada 2006.
Ketika itu, Kabinet memutuskan untuk memberi kuasa menghukum pesalah bahasa kepada DBP dengan meminda akta berkenaan, hasil memorandum bersama Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (ketika itu)
Sejak 10 tahun lalu, lebih 212 premis dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana kesalahan bahasa dalam iklan daripada segi ejaan atau penterjemahan, saiz huruf bahasa Melayu lebih kecil, tidak mengutamakan bahasa kebangsaan dan menggunakannya di bahagian atas papan iklan.

Sumber: Berita Harian

Pengaruh dialek

Jika di lihat pada gambar di atas, sudah tentu kita tahu bahasa negeri mana. Pengaruh bahasa Terengganu yang begitu kuat menyebabkan perkataan tidak mempunyai maksud jika dilihat pada bahasa baku. Perkataan ikang dan ketang itu tidak mempunyai maksud dalam kamus dewan tetapi, dalam bahasa baku ikang itu sebenarnya ialah ikan manakala ketang ialah ketam.

Pengaruh dialek

Dalam bahasa Melayu, perkataan lansir tidak wujud dalam kamus dewan. Perkataan langsir wujud di dalam kamus dewan yang membawa makseud penutup tingkap ataupun tirai.

kesalahan ayat majmuk


 Dalam bahasa Melayu, alat tulis merupakan ayat majmuk yang ditulis terpisah. Oleh yang demikian, papan tanda kedai di atas menyalahi hukum tatabahasa Melayu. penulisan yang betul  ialah "alat tulis."

Senyum dan Mesra

Pada satu hari, saya telah membeli tiket untuk menaiki LRT menuju ke rumah kakak saya. Semasa membeli tiket, saya berurusan di kaunter pembelian. Apa yang menyedihkan saya, penjaga kaunter tersebut langsung tidak mempunyai nilai etika kerja yang cemerlang kerana bertindak kasar dari segi percakapan dan perbuatan. Perbuatan orang tersebut telah membuat orang lain berasa sakit hati dan memandang serong dengan perkhidmatan yang diberikan. Sebagai seorang pekerja yang berhadapan dengan masyarakat, sepatutnya kita mestilah mempamerkan muka yang manis dan berbudi bahasa supaya pelanggan akan berasa senang dan hormat. Oleh yang demikian, jika kita tidak menunjukkan moral yang baik kepada masyarakat, kita tidak akan dapat maju kehadapan.

Saturday, March 19, 2011

Tidak sepatutnya.

Saya dan dua orang rakan saya iaitu Ain dan Eta telah pergi ke kafe di Proton City untuk membeli roti canai. Semasa membeli, Pak Cik yang menebar roti canai tersebut telah menegur seorang budak India yang membeli roti canainya kerana mengambil kuah roti tersebut dengan kuantiti yang banyak. Pada pandangan saya, tidaklah wajar Pak Cik tersebut menegur dan memarahi budak itu kerana, sebagai seorang penjual, Pak Cik tersebut perlulah memuaskan hati pelanggannya. Perbuatan Pak Cik itu, memalukan budak India tersebut dan boleh menyebabkan jualannya tidak laku. Langkah yang wajar ialah, Pak Cik itu jika hendak berniaga untuk maju, perlu menjaga hati dan perasaan pelanggannya. jika pelanggan mengambil dalam kuantiti yang banyak, Pak Cik tersebut hanya perlu mengenakan cas yang sepatutnya, bukan menegur pelanggannya. Oleh yang demikian, sebagi masyarakat yang berbudi pekerti, janganlah kita menegur benda yang tidak sepetutnya kerana ini akan menjejaskan nama baik orang Melayu dan juga keharmonian negara.

Friday, March 18, 2011

Hukum D-M

Masyarakat kita memang terkenal dengan pisang goreng. Apa tidaknya, pisang goreng memang enak dan lazat. namun, mengapa masyarakat kita yang keliru antara pisang goreng atau goreng pisang? Jadi, pisang goreng menunjukkan pisang yang telah digoreng, manakala goreng pisang pula merupakan perbuatan. Di harap masyarakat di luar sana faham dengan Hukum diterangkan dan menerangkan.

Budaya memberi salam

Sebagai orang Islam, memberi salam itu penting semasa masuk ke rumah untuk mendapat keberkatan daripada Allah. Namun, apa yang negatifnya masyarakat sekarang, berdasarkan pemerhatian saya selama tinggal di UPSI, orang yang masuk ke rumah akan memberi salam, namun, orang yang di dalam rumah tidak menjawab salam yang diberikan. Nampaknya, sikap segelintir masyarakat ini sedikit sebanyak akan menjejaskan imej kita terutamanya sebagai orang Islam dan orang Melayu. Kepada masyarakat di luar sana, tidaklah wajar berbuat demikian kerana kita mestilah menjawab salam yang diberikan.

Salah siapa?

Beberapa hari yang lalu, saya telah menaiki bas untuk pergi ke kelas. Jam menunjukkan hampir pukul 10. setelah menaiki bas, ada seorang budak telah memarahi pemandu bas tersebut kerana lambat bergerak. Pemandu bas tersebut turun sekejap ke pondok penjaga keselamatan. Budak tersebut mengeluarkan perkataan yang kesat kerana marah terhadap Pak Cik tersebut. Persoalannya di sini, siapa yang salah sebenarnya? Pak Cik tersebut tidak salah kerana beliau bekerja mengikut masa yang telah ditetapkan. Budak tersebut yang bersalah kerana turun lewat untuk memaiki bas yang sepatutnya. Oleh yang demikian, sebelum kita menyalahkan orang lain, lebih baik kita lihat dulu kesilapan diri kita sendiri. Sikap yang negatif ini perlu di kikis dan sentiasa mengamalkan budi bahasa dalam kehidupan seharian.

Perbezaan

Setelah saya berada di negeri orang beberapa tahun ini, saya mendapat pelbagai bahasa baru antara bahasa orang kelantan dengan sabah. Apa yang saya rasakan pelik di sini ialah penggunaan gender yang digunakan antara lelaki dan perempauan. Kalau di Sabah, jantan dan betina itu ditujukan buat haiwan, tapi berlainan pula di Kelantan, jantan dan betina itu digunakan untuk manusia iaitu lelaki dan perempuan. Jadi di sini, saya dapat ilmu dan budaya baru mengenai gelaran gender oleh orang Kelantan.

Bahasa Rojak dalam Iklan.



Jika di baca dalog diatas terdapat banyak kesalahan yang digunakan terutamanya penggunaan bahasa rojak yang begitu ketara. Kedua, kita lihat masyarakat yang kedekut untuk melakukan amal ibadah kepada Allah. Sebagai orang Melayu, sebaiknya gunakanlah bahasa dengan betul supaya bahasa Melayu akan berjaya menjadi bahasa yang unggul di dunia. Iklan sedemikian akan mempengaruhi masyarakat untuk mengikutinya.

Pengaruh dialek


AL-Kesah AloQStaQ
... SEJAK 1hb OKTOBER 2007 ... SINCE 1st OCTOBER 2007 ...
Saya ada terbaca sebuah blog yang dimiliki oleh orang utara iaitu orang kedah. Blog itu ditulis berdasarkan dialek yang dituturkan oleh mereka. Di sini kita dapat lihat pengaruh dialek itu sangat kuat sehingga dalam penulisan blog pun perkataan yang sesuai diletakkan menunjukkan dialek yang digunakan oleh orang kedah.

Tidak beradab



Wajarkah masyarakat kita menulis perkataan di atas? Ke mana hilangnya budi pekerti masyarakat kita.

Perasan atau tidak?

Perasan atau tidak, perkataan "nescaya" di atas ditulus "necaya". Adakah penulis blog perasan dengan kesalahan ini atau tidak. Penulis perlu membetulkan semula supaya pembaca tidak keliru dengan maksud yang ingin disampaikan.

Di masa

Kesalahan tatabahasa yang belaku pada papan tanda ini ialah kata sendi nama di itu sepatutnya digunakan pada masa kerana kata sendi nama di digunakan untuk menunjukkan tampat dan masa. Kesalahan yang kedua ialah kata sendi nama itu juga diletakkan rapat dengan perkatan masa. Hal ini telah menunjukkan kesalahan jika merujuk kepada kamus tatabahasa dewan. Oleh yang demikian, ilmu masyarakat dalam menggunakan tatabahasa melayu dengan betul masih kurang.

Mereka

Dalam Majlis ilmu yang telah saya hadiri beberapa minggu lalu, saya dapt mengenal pasti ada kesilapan yang digunakan oleh moderator yang mempengerusi majlis tersebut. Moderator tersebut telah menggunakan kata ganti nama diri orang kedua iaitu "mereka" kepada tokoh bahasa yang terkenal. Perkara ini amatlah tidak wajar kerana tokoh bahasa hendaklah dipanggil dengan panggilan kehormat yang sesuai sebagai satu tanda kita menghormati orang berilmu seperti Profesor dan pensyarah yang menghadiri majlis tersebut.

Thursday, March 17, 2011

KRU - Semuanya OK

Budaya Berterima Kasih

Arus kemodenan pada masa kini banyak merubah cara hidup masyarakat kita. Amalan berterima kasih agak sukar diucapkan jika menerima sesuatu barang ataupun pertolongan daripada seseorang. Bukti yang dapat dilihat ialah melalui sikap segelintir pelajar yang tidak berterima kasih kepada pemandu bas. Hal ini mungkin berlaku kerana pelajar beranggapan bahawa amalan berterima kasih merupakan satu amalan yang membosankan kerana menaiki bas yang sama berulang-ulang kali. Namun, sebagai masyarakat yang berbudi bahasa, amalan berterima kasih perlu diamalkan agar kehidupan akan menjadi lebih harmoni. Tidak berat untuk mengucapkan ucapan itu kerana hanya dituturkan dan tidak perlu di bayar.

Babe - Kru

Bahasa Melayu dan bahasa Malaysia.

Mungkin ramai ataupun masih ada lagi orang di luar sana yang tidak mengetahui apakah perbezaan bahasa Melayu dengan bahasa Malaysia. Sebagai pelajar pendidikan Bahasa Melayu, saya ingin berkongsi sedikit ilmu mengenai perbezaan bahasa Melayu dengan bahasa Malaysia. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang dituturkan oleh orang melayu itu sendiri, manakala bahasa Malaysia ialah bahasa yang dituturkan oleh masyarakat Malaysia. Maklumat ini saya peroleh melalui tajuk kerja kursus yang lalu.

Kesantunan dalam Berkomunikasi

Pada beberapa hari yang lalu, saya telah menemani rakan saya untuk pergi ke Klinik Kesihatan Tanjong Malim. Kami sampai di Klinik tesebut dalam pukul 12.30. Rakan saya pun mendaftar nama dan selang beberapa minit kemudian, dia pun di panggil masuk ke dalam bilik untuk menerima rawatan. Apa yang menyedihkan, rakan saya tadi telah dimarahi oleh jururawat yang bertugas kerana datang pada masa yang tidak sesuai. persoalannya disini, mengapa pula jururawat tersebut memarahi dan menyatakan masa yang tidak sesuai untuk mendapatkan rawatan sedangkan waktu rehat adalah pada pukul 1 tengah hari. Pada masa itu juga baru menunjukkan pukul 12.40, jadi masih ada masa lagi untuk rakan saya menerima rawatan. Jadi di sini kita dapat melihat, ada sebahagian penjawat awam seperti jururawat ini tidak berbudi bahasa dalam memberikan rawatan kepada pesakit. Sebagai jururawat, beliau sepetutnya menggunakan bahasa dan tutur kata yang lembut dan sopan agar pesakit tidak tertekan dengan penyakit yang dialami. Budi bahasa itu penting untuk mewujudkan suasana yang harmoni dalam masyarakat.

Kata sapaan.

Pada 15.03.2011 yang lalu, saya terdengar jiran menyapa rakanya dengan ujaran "Hey u all". di sini kita dapat lihat kata sapaan yang digunakan dalam bahasa Inggeris telah mencemarkan bahasa Melayu. Selain itu juga kata sapaan yang sedemikian telah memudarkan tradisi orang Melayu yang bersopan-santun.

Sebanyak atau Selama

Sekali lagi masyarakat kita salah menggunakan penjodoh bilangan dalam bahasa Melayu. dalam satu pembentangan di kelas, ada seorang pelajar mengujarkan ayat "kita sudah merdeka sebanyak 50 tahun". Dalam ayat tersebut, kesalahan penjodoh bilangan yang digunakan ialah sebanyak. Penjodoh bilangan yang sesuai ialah selama 50 tahun.

Seketul Surat

Pada 7.03.2011 yang lalu, saya telah mendengar seorang pensyarah telah mengujarkan kata seketul surat. Dalam pengujaran tersebut, terdapat kesalahan bahasa iaitu dari aspek kata bilangan. kata seketul tidak sesuai digunakan, yang sesuai digunakan ialah sekeping surat. Oleh yang demikian dalam bahasa Melayu penggunaan tatabahasa itu sangat dititkberatkan.

Pensyarah bahasa Melayu

Dalam majlis ilmu yang sama pada 5.03.2011 yang lalu, seorang pensyarah bahasa Melayu juga telah menggunakan bahasa rojak dalam pembentangannya iaitu seperti next dan sorry. Bahasa Melayu telah menerima cabaran yang kuat daripada bahasa Ingeris. oleh yang demikian, sebagai seorang pensyarah bahasa Melayu tidaklah wajar menggunakan bahasa rojak terutamanya dalam majlis rasmi seperti majlis ilmu tersebut.

Profesor Emeritus Dato' Dr.

Pada 5.03.2011 yang lalu saya telah menghadiri satu majlis ilmu. Majlis itu dihadiri oleh golongan intelektual seperti profesor dan pensyarah. Dalam majlis tersebut, seorang profesor telah menggunakan bahasa Inggeris seperti next dan anyway dalam pembentangan beliau. Dari sini, kita dapat lihat, penggunaan Bahasa rojak itu sendiri oleh profesor bahasa Melayu. Oleh yang demikian, sebagai seorang pensyarah dan profesor bahasa Melayu, mereka mestilah menggunakan bahasa Melayu dengan betul supaya para pelajar dapat meneladani mereka.

Beb

Pada 23.02.2011 yang lalu saya pergi ke rumah rakan saya untuk membuat kerja kursus kumpulan. Semasa membuat kerja, rakan sebilik rakan saya itu, sedang bercakap di telefon. Sepanjang perbualan tersebut, dia ada bercakap iaitu assaigment aku baru 15 page beb. oleh yang demikian, orang yang mengujarkan ayat tersebut di lihat seperti satu gaya dalam pengucapan.

Indahnya

Saya mendapat ilmu baru dan berasa insaf dengan kata-kata yang dilontarkan oleh seorang pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris iaitu "Kalau ilmu kita setinggi gunung, rendahkan diri kita seluas lautan". Pepatah ini terlalu bermakna kerana dapat menjadi pengajaran kepada masyarakat supaya tidak tinggi diri dengan ilmu yang dimiliki. Begitu indah pepatah melayu dan sungguh bersopan santun dalam memberikan nasihat. Pepatah ini juga perlu selalu di ingat agar kita sentaiasa merendah diri walau dimana juga berada. Bersama-sama kita menghayatinya.

my mother-lagu nasyid inggeris

Monday, March 14, 2011

15 Bijik

Pada 20.02.2011 yang lalu, saya ada mengikuti satu program bergotong-royong di sebuah Taman Perumahan. Saya terdengar seorang pegawai Agensi Antidadah telah bercakap dengan anak buahnya. orang itu berkata " Ha,betullah tempat ni. Lori MBPJ ada 15 bijik". Berdasarkan tatabahasa Bahasa Melayu, penggunaan 15 biji untuk menunjukkan bilangan lori itu tidak tepat kerana biji hanya sesuai digunakan untuk sayur-sayuran, buah dan benda-benda kecil. Penggunaan penjodoh bilangan yang sesuai ialah buah kerana buah digunakan untuk benda-benda yang besar dan padu dan tidak mempunyai bentuk. Hal ini mestilah diambil kira dalam percakapan seharian kerana bahasa yang betul dapat menunjukkan bangsa sesuatu negara itu unggul.

Pemandu Atau Penunggang?

Pada hari ini saya berjalan-jalan di sekitar masjid Jamek di Kuala Lumpur. Semasa saya berjalan, sebuah motosikal lalu ditepi saya. Saya ada terbaca papan tanda yang tertulis pada belakang motosikal tersebut iaitu AWAS PEMANDU CACAT. Penggunaan pemandu itu tidak sesuai digunakan kerana, orang yang membawa motosikal di sebut sebagai penunggang motosikal bukannya pemandu. Pemandu digunakan untuk orang yang membawa kenderaan yang berpintu dan bertutup seperti kereta, lori, dan lain-lain lagi. Oleh yang demikian, masyarakat perlulah berhati-hati menggunakan bahasa yang sesuai supaya generasi yang membacanya tidak keliru dengan penggunaan yang sepatutnya.