Search This Blog
Saturday, April 9, 2011
Tuesday, March 22, 2011
pelihara bahasa kita.
27 Jul - DBP Boleh Hukum Pesalah Bahasa
KUALA LUMPUR : Pindaan kepada Akta DBP 1959 ( Akta 213) yang diperingkat akhir pembetulan, difahamkan memberi kuasa kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menghukum pesalah bahasa termasuk denda dan penjara. Bagaimanapun, penguatkuasaannya dikatakan hanya dalam konteks rasmi dan tidak membabitkan urusan tidak rasmi kerana ia bukan bertujuan menafikan hak kebebasan berbahasa.
Sumber memberitahu Berita Harian, pindaan Akta DBP 1959 memberi kuasa menghukum pesalah bahasa tanpa mengehadkan kepada penggunaan bahasa Melayu di papan tanda dan iklan, tetapi turut membabitkan semua majlis rasmi yang memerlukan penggunaan bahasa kebangsaan seperti termaktub dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963.
“Kata kunci dalam memahami ruang lingkup menghukum pesalah bahasa dalam pindaan itu ialah rasmi dan kita juga memberi tumpuan terhadap penggunaan bahasa kebangsaan di tempat awam atau mempunyai kepentingan awam,” katanya kepada Berita Harian.
Pindaan juga akan melengkapkan tujuh kuasa kepada DBP dalam menggalakkan perkembangan bahasa dan kesusasteraan di negara ini, iaitu memberi arahan, ulasan, nasihat, bantuan, bimbingan, latihan atau pengawasan.
Sementara itu, Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz, berkata pindaan berkenaan kini pada peringkat akhir pembetulan selepas draf cadangannya diteliti Kementerian Pelajaran, baru-baru ini.
“Dokumen pindaan Akta DBP 1959 yang dihantar kepada Kementerian Pelajaran sudah diserahkan untuk pembetulan.
“Saya tidak perlu memperincikan komen Kementerian Pelajaran, kerana ia masih menjadi rahsia,” katanya ketika ditemui di DBP di sini, baru-baru ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengapa proses pindaan Akta DBP 1959 mengambil masa terlalu lama, walaupun Kabinet bersetuju memberi kuasa menghukum pesalah bahasa termasuk kesalahan pada papan tanda dan iklan kepadanya pada 2006.
Ketika itu, Kabinet memutuskan untuk memberi kuasa menghukum pesalah bahasa kepada DBP dengan meminda akta berkenaan, hasil memorandum bersama Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (ketika itu)
Sejak 10 tahun lalu, lebih 212 premis dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana kesalahan bahasa dalam iklan daripada segi ejaan atau penterjemahan, saiz huruf bahasa Melayu lebih kecil, tidak mengutamakan bahasa kebangsaan dan menggunakannya di bahagian atas papan iklan.
Sumber: Berita Harian
Pengaruh dialek
Jika di lihat pada gambar di atas, sudah tentu kita tahu bahasa negeri mana. Pengaruh bahasa Terengganu yang begitu kuat menyebabkan perkataan tidak mempunyai maksud jika dilihat pada bahasa baku. Perkataan ikang dan ketang itu tidak mempunyai maksud dalam kamus dewan tetapi, dalam bahasa baku ikang itu sebenarnya ialah ikan manakala ketang ialah ketam.
Pengaruh dialek
Dalam bahasa Melayu, perkataan lansir tidak wujud dalam kamus dewan. Perkataan langsir wujud di dalam kamus dewan yang membawa makseud penutup tingkap ataupun tirai.
kesalahan ayat majmuk
Dalam bahasa Melayu, alat tulis merupakan ayat majmuk yang ditulis terpisah. Oleh yang demikian, papan tanda kedai di atas menyalahi hukum tatabahasa Melayu. penulisan yang betul ialah "alat tulis."
Dalam bahasa Melayu, alat tulis merupakan ayat majmuk yang ditulis terpisah. Oleh yang demikian, papan tanda kedai di atas menyalahi hukum tatabahasa Melayu. penulisan yang betul ialah "alat tulis."
Senyum dan Mesra
Pada satu hari, saya telah membeli tiket untuk menaiki LRT menuju ke rumah kakak saya. Semasa membeli tiket, saya berurusan di kaunter pembelian. Apa yang menyedihkan saya, penjaga kaunter tersebut langsung tidak mempunyai nilai etika kerja yang cemerlang kerana bertindak kasar dari segi percakapan dan perbuatan. Perbuatan orang tersebut telah membuat orang lain berasa sakit hati dan memandang serong dengan perkhidmatan yang diberikan. Sebagai seorang pekerja yang berhadapan dengan masyarakat, sepatutnya kita mestilah mempamerkan muka yang manis dan berbudi bahasa supaya pelanggan akan berasa senang dan hormat. Oleh yang demikian, jika kita tidak menunjukkan moral yang baik kepada masyarakat, kita tidak akan dapat maju kehadapan.
Saturday, March 19, 2011
Tidak sepatutnya.
Saya dan dua orang rakan saya iaitu Ain dan Eta telah pergi ke kafe di Proton City untuk membeli roti canai. Semasa membeli, Pak Cik yang menebar roti canai tersebut telah menegur seorang budak India yang membeli roti canainya kerana mengambil kuah roti tersebut dengan kuantiti yang banyak. Pada pandangan saya, tidaklah wajar Pak Cik tersebut menegur dan memarahi budak itu kerana, sebagai seorang penjual, Pak Cik tersebut perlulah memuaskan hati pelanggannya. Perbuatan Pak Cik itu, memalukan budak India tersebut dan boleh menyebabkan jualannya tidak laku. Langkah yang wajar ialah, Pak Cik itu jika hendak berniaga untuk maju, perlu menjaga hati dan perasaan pelanggannya. jika pelanggan mengambil dalam kuantiti yang banyak, Pak Cik tersebut hanya perlu mengenakan cas yang sepatutnya, bukan menegur pelanggannya. Oleh yang demikian, sebagi masyarakat yang berbudi pekerti, janganlah kita menegur benda yang tidak sepetutnya kerana ini akan menjejaskan nama baik orang Melayu dan juga keharmonian negara.
Friday, March 18, 2011
Hukum D-M
Masyarakat kita memang terkenal dengan pisang goreng. Apa tidaknya, pisang goreng memang enak dan lazat. namun, mengapa masyarakat kita yang keliru antara pisang goreng atau goreng pisang? Jadi, pisang goreng menunjukkan pisang yang telah digoreng, manakala goreng pisang pula merupakan perbuatan. Di harap masyarakat di luar sana faham dengan Hukum diterangkan dan menerangkan.
Budaya memberi salam
Sebagai orang Islam, memberi salam itu penting semasa masuk ke rumah untuk mendapat keberkatan daripada Allah. Namun, apa yang negatifnya masyarakat sekarang, berdasarkan pemerhatian saya selama tinggal di UPSI, orang yang masuk ke rumah akan memberi salam, namun, orang yang di dalam rumah tidak menjawab salam yang diberikan. Nampaknya, sikap segelintir masyarakat ini sedikit sebanyak akan menjejaskan imej kita terutamanya sebagai orang Islam dan orang Melayu. Kepada masyarakat di luar sana, tidaklah wajar berbuat demikian kerana kita mestilah menjawab salam yang diberikan.
Salah siapa?
Beberapa hari yang lalu, saya telah menaiki bas untuk pergi ke kelas. Jam menunjukkan hampir pukul 10. setelah menaiki bas, ada seorang budak telah memarahi pemandu bas tersebut kerana lambat bergerak. Pemandu bas tersebut turun sekejap ke pondok penjaga keselamatan. Budak tersebut mengeluarkan perkataan yang kesat kerana marah terhadap Pak Cik tersebut. Persoalannya di sini, siapa yang salah sebenarnya? Pak Cik tersebut tidak salah kerana beliau bekerja mengikut masa yang telah ditetapkan. Budak tersebut yang bersalah kerana turun lewat untuk memaiki bas yang sepatutnya. Oleh yang demikian, sebelum kita menyalahkan orang lain, lebih baik kita lihat dulu kesilapan diri kita sendiri. Sikap yang negatif ini perlu di kikis dan sentiasa mengamalkan budi bahasa dalam kehidupan seharian.
Perbezaan
Setelah saya berada di negeri orang beberapa tahun ini, saya mendapat pelbagai bahasa baru antara bahasa orang kelantan dengan sabah. Apa yang saya rasakan pelik di sini ialah penggunaan gender yang digunakan antara lelaki dan perempauan. Kalau di Sabah, jantan dan betina itu ditujukan buat haiwan, tapi berlainan pula di Kelantan, jantan dan betina itu digunakan untuk manusia iaitu lelaki dan perempuan. Jadi di sini, saya dapat ilmu dan budaya baru mengenai gelaran gender oleh orang Kelantan.
Bahasa Rojak dalam Iklan.
Jika di baca dalog diatas terdapat banyak kesalahan yang digunakan terutamanya penggunaan bahasa rojak yang begitu ketara. Kedua, kita lihat masyarakat yang kedekut untuk melakukan amal ibadah kepada Allah. Sebagai orang Melayu, sebaiknya gunakanlah bahasa dengan betul supaya bahasa Melayu akan berjaya menjadi bahasa yang unggul di dunia. Iklan sedemikian akan mempengaruhi masyarakat untuk mengikutinya.
Pengaruh dialek
AL-Kesah AloQStaQ
... SEJAK 1hb OKTOBER 2007 ... SINCE 1st OCTOBER 2007 ...
Saya ada terbaca sebuah blog yang dimiliki oleh orang utara iaitu orang kedah. Blog itu ditulis berdasarkan dialek yang dituturkan oleh mereka. Di sini kita dapat lihat pengaruh dialek itu sangat kuat sehingga dalam penulisan blog pun perkataan yang sesuai diletakkan menunjukkan dialek yang digunakan oleh orang kedah.
Perasan atau tidak?
Perasan atau tidak, perkataan "nescaya" di atas ditulus "necaya". Adakah penulis blog perasan dengan kesalahan ini atau tidak. Penulis perlu membetulkan semula supaya pembaca tidak keliru dengan maksud yang ingin disampaikan.
Di masa
Kesalahan tatabahasa yang belaku pada papan tanda ini ialah kata sendi nama di itu sepatutnya digunakan pada masa kerana kata sendi nama di digunakan untuk menunjukkan tampat dan masa. Kesalahan yang kedua ialah kata sendi nama itu juga diletakkan rapat dengan perkatan masa. Hal ini telah menunjukkan kesalahan jika merujuk kepada kamus tatabahasa dewan. Oleh yang demikian, ilmu masyarakat dalam menggunakan tatabahasa melayu dengan betul masih kurang.
Mereka
Dalam Majlis ilmu yang telah saya hadiri beberapa minggu lalu, saya dapt mengenal pasti ada kesilapan yang digunakan oleh moderator yang mempengerusi majlis tersebut. Moderator tersebut telah menggunakan kata ganti nama diri orang kedua iaitu "mereka" kepada tokoh bahasa yang terkenal. Perkara ini amatlah tidak wajar kerana tokoh bahasa hendaklah dipanggil dengan panggilan kehormat yang sesuai sebagai satu tanda kita menghormati orang berilmu seperti Profesor dan pensyarah yang menghadiri majlis tersebut.
Thursday, March 17, 2011
Budaya Berterima Kasih
Arus kemodenan pada masa kini banyak merubah cara hidup masyarakat kita. Amalan berterima kasih agak sukar diucapkan jika menerima sesuatu barang ataupun pertolongan daripada seseorang. Bukti yang dapat dilihat ialah melalui sikap segelintir pelajar yang tidak berterima kasih kepada pemandu bas. Hal ini mungkin berlaku kerana pelajar beranggapan bahawa amalan berterima kasih merupakan satu amalan yang membosankan kerana menaiki bas yang sama berulang-ulang kali. Namun, sebagai masyarakat yang berbudi bahasa, amalan berterima kasih perlu diamalkan agar kehidupan akan menjadi lebih harmoni. Tidak berat untuk mengucapkan ucapan itu kerana hanya dituturkan dan tidak perlu di bayar.
Bahasa Melayu dan bahasa Malaysia.
Mungkin ramai ataupun masih ada lagi orang di luar sana yang tidak mengetahui apakah perbezaan bahasa Melayu dengan bahasa Malaysia. Sebagai pelajar pendidikan Bahasa Melayu, saya ingin berkongsi sedikit ilmu mengenai perbezaan bahasa Melayu dengan bahasa Malaysia. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang dituturkan oleh orang melayu itu sendiri, manakala bahasa Malaysia ialah bahasa yang dituturkan oleh masyarakat Malaysia. Maklumat ini saya peroleh melalui tajuk kerja kursus yang lalu.
Kesantunan dalam Berkomunikasi
Pada beberapa hari yang lalu, saya telah menemani rakan saya untuk pergi ke Klinik Kesihatan Tanjong Malim. Kami sampai di Klinik tesebut dalam pukul 12.30. Rakan saya pun mendaftar nama dan selang beberapa minit kemudian, dia pun di panggil masuk ke dalam bilik untuk menerima rawatan. Apa yang menyedihkan, rakan saya tadi telah dimarahi oleh jururawat yang bertugas kerana datang pada masa yang tidak sesuai. persoalannya disini, mengapa pula jururawat tersebut memarahi dan menyatakan masa yang tidak sesuai untuk mendapatkan rawatan sedangkan waktu rehat adalah pada pukul 1 tengah hari. Pada masa itu juga baru menunjukkan pukul 12.40, jadi masih ada masa lagi untuk rakan saya menerima rawatan. Jadi di sini kita dapat melihat, ada sebahagian penjawat awam seperti jururawat ini tidak berbudi bahasa dalam memberikan rawatan kepada pesakit. Sebagai jururawat, beliau sepetutnya menggunakan bahasa dan tutur kata yang lembut dan sopan agar pesakit tidak tertekan dengan penyakit yang dialami. Budi bahasa itu penting untuk mewujudkan suasana yang harmoni dalam masyarakat.
Kata sapaan.
Pada 15.03.2011 yang lalu, saya terdengar jiran menyapa rakanya dengan ujaran "Hey u all". di sini kita dapat lihat kata sapaan yang digunakan dalam bahasa Inggeris telah mencemarkan bahasa Melayu. Selain itu juga kata sapaan yang sedemikian telah memudarkan tradisi orang Melayu yang bersopan-santun.
Sebanyak atau Selama
Sekali lagi masyarakat kita salah menggunakan penjodoh bilangan dalam bahasa Melayu. dalam satu pembentangan di kelas, ada seorang pelajar mengujarkan ayat "kita sudah merdeka sebanyak 50 tahun". Dalam ayat tersebut, kesalahan penjodoh bilangan yang digunakan ialah sebanyak. Penjodoh bilangan yang sesuai ialah selama 50 tahun.
Seketul Surat
Pada 7.03.2011 yang lalu, saya telah mendengar seorang pensyarah telah mengujarkan kata seketul surat. Dalam pengujaran tersebut, terdapat kesalahan bahasa iaitu dari aspek kata bilangan. kata seketul tidak sesuai digunakan, yang sesuai digunakan ialah sekeping surat. Oleh yang demikian dalam bahasa Melayu penggunaan tatabahasa itu sangat dititkberatkan.
Pensyarah bahasa Melayu
Dalam majlis ilmu yang sama pada 5.03.2011 yang lalu, seorang pensyarah bahasa Melayu juga telah menggunakan bahasa rojak dalam pembentangannya iaitu seperti next dan sorry. Bahasa Melayu telah menerima cabaran yang kuat daripada bahasa Ingeris. oleh yang demikian, sebagai seorang pensyarah bahasa Melayu tidaklah wajar menggunakan bahasa rojak terutamanya dalam majlis rasmi seperti majlis ilmu tersebut.
Profesor Emeritus Dato' Dr.
Pada 5.03.2011 yang lalu saya telah menghadiri satu majlis ilmu. Majlis itu dihadiri oleh golongan intelektual seperti profesor dan pensyarah. Dalam majlis tersebut, seorang profesor telah menggunakan bahasa Inggeris seperti next dan anyway dalam pembentangan beliau. Dari sini, kita dapat lihat, penggunaan Bahasa rojak itu sendiri oleh profesor bahasa Melayu. Oleh yang demikian, sebagai seorang pensyarah dan profesor bahasa Melayu, mereka mestilah menggunakan bahasa Melayu dengan betul supaya para pelajar dapat meneladani mereka.
Beb
Pada 23.02.2011 yang lalu saya pergi ke rumah rakan saya untuk membuat kerja kursus kumpulan. Semasa membuat kerja, rakan sebilik rakan saya itu, sedang bercakap di telefon. Sepanjang perbualan tersebut, dia ada bercakap iaitu assaigment aku baru 15 page beb. oleh yang demikian, orang yang mengujarkan ayat tersebut di lihat seperti satu gaya dalam pengucapan.
Indahnya
Saya mendapat ilmu baru dan berasa insaf dengan kata-kata yang dilontarkan oleh seorang pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris iaitu "Kalau ilmu kita setinggi gunung, rendahkan diri kita seluas lautan". Pepatah ini terlalu bermakna kerana dapat menjadi pengajaran kepada masyarakat supaya tidak tinggi diri dengan ilmu yang dimiliki. Begitu indah pepatah melayu dan sungguh bersopan santun dalam memberikan nasihat. Pepatah ini juga perlu selalu di ingat agar kita sentaiasa merendah diri walau dimana juga berada. Bersama-sama kita menghayatinya.
Monday, March 14, 2011
15 Bijik
Pada 20.02.2011 yang lalu, saya ada mengikuti satu program bergotong-royong di sebuah Taman Perumahan. Saya terdengar seorang pegawai Agensi Antidadah telah bercakap dengan anak buahnya. orang itu berkata " Ha,betullah tempat ni. Lori MBPJ ada 15 bijik". Berdasarkan tatabahasa Bahasa Melayu, penggunaan 15 biji untuk menunjukkan bilangan lori itu tidak tepat kerana biji hanya sesuai digunakan untuk sayur-sayuran, buah dan benda-benda kecil. Penggunaan penjodoh bilangan yang sesuai ialah buah kerana buah digunakan untuk benda-benda yang besar dan padu dan tidak mempunyai bentuk. Hal ini mestilah diambil kira dalam percakapan seharian kerana bahasa yang betul dapat menunjukkan bangsa sesuatu negara itu unggul.
Pemandu Atau Penunggang?
Pada hari ini saya berjalan-jalan di sekitar masjid Jamek di Kuala Lumpur. Semasa saya berjalan, sebuah motosikal lalu ditepi saya. Saya ada terbaca papan tanda yang tertulis pada belakang motosikal tersebut iaitu AWAS PEMANDU CACAT. Penggunaan pemandu itu tidak sesuai digunakan kerana, orang yang membawa motosikal di sebut sebagai penunggang motosikal bukannya pemandu. Pemandu digunakan untuk orang yang membawa kenderaan yang berpintu dan bertutup seperti kereta, lori, dan lain-lain lagi. Oleh yang demikian, masyarakat perlulah berhati-hati menggunakan bahasa yang sesuai supaya generasi yang membacanya tidak keliru dengan penggunaan yang sepatutnya.
Sunday, February 20, 2011
Peribahasa Baru
Pada hari ini saya telah menghadiri satu kuliah. Dalam kuliah tersebut saya mendapat satu peribahasa baru daripda pensyarah yang mengajar. Beliau mengatakan "mangkuk tingkat, kuali tingkat". Peribahasa yang digunakan oleh pensyarah ini sebenarnya bertujuan menyindir pelajar yang tidak memberikan komitmen yang tinggi terhadap pembelajaran mereka.
Sunday, February 13, 2011
Kesalahan Tatabahasa
Pada hari ini, saya dan rakan pergi ke fakulti bahasa. Kami berurusan dengan kakitangan di kaunter fakulti bahasa. kakitangan yang melayan kami memberitahu bahawa praktikum akan diumumkan dari " masa ke semasa" . Jadi, kesalahan yang telah dilakukan dalam penggunaan bahasa ialah dari masa ke semasa sepatutnya dari masa ke masa ataupun dari semasa ke semasa.
bahasa kurang sopan
Hari ini, saya terdengar kawan saya berkata "telefon 2 bengong, bawa kemari". perkataan bengong menjadi perkara biasa dalam kalangan masyarakat dan ia merupakan bahasa yang kurang sopan. Oleh itu, bersopanlah ketika berkata-kata.
Berbudi Bahasa itu Amalan Mulia
Pada satu hari, saya telah menaiki sebuah LRT. Dalam LRT tersebut, saya terdengar sekumpulan ndividu yang dalam lingkungan remaja sedang bercerita. Mereka berkelakuan kurang sopen kerana cara mereka bercakap itu secara terpekik-pekik dan membuatkan orang di sekeliling memandang mereka. Bukan setakat itu sahaja, mereka juga mengeluarkan perkataan-perkataan kesat seperti pukimak, bodoh, sial dan sebagainya. Moral masyarakat kini terutamanya remaja adalah rendah jika berkelakuan seperti itu.
Tuesday, February 8, 2011
Bahasa Iklan
Hari ini saya ada terbaca satu iklan mengenai promosi pembukaan kedai roti. Dalam iklan tersebut, penulis menulis "pasti sedap mestu mauu!"!..penggunaan huruf u sebanyak dua kali jika dibaca dengan betul akan menyebabkan maksud yang disampaikan itu tidak difahami oleh pembaca. Namun, bahasa iklan tersebut bertujuan memujuk pembeli untuk datang ke kedai tersebut. Walau bagaimanapun, penulisan yang sedemikian menyalahi ejaan dalam bahasa Melayu.
Sunday, January 30, 2011
shit
Pada hari ini saya dan kawan baik saya berjalan di sekitar masjid Jamek. Saya ada terdengar 2 orang lelaki sedang bercerita. Salah seorang daripada mereka berkata "Menyesal aku tak beli tarbus tu, shit betul". Sebagai orang Melayu sudah pasti perkataan itu tidak wajar diungkapkan kerana akan memberikan maksud yang tidak baik jika didengar oleh orang lain.
Wednesday, January 26, 2011
Ketawa
Hari ini saya dan dua orang rakan makan di salah sebua restoran dekat dengan kolej. Saya makan nasi goreng thai, dua orang rakan saya pula menempah nasi goreng paprik tapi apabila tempahan tu siap, yang datang bukannya nasi goreng paprik tapi nasi putih lauk paprik. Dua orang kawan saya pun berasa kecewa sebab lain yang di tempah lain yang dihidangkan. bermulalah kisahnya sedang kami makan, ada sekumpulan perempuan yang duduk makan di kedai yang sama. Seorang daripada perempuan tersebut ketawa terkekeh dengan kuat. Kami pun memandangnya lalu terdiam apabila perasan ramai mata yang memandang ke arahnya. Oleh yang demikian, ketawa itu mesti berpada apabila berada di tempat awam. Nilai kesopanan itu tergambar daripada perilaku seseorang. Sebagai seorang wanita khasnya, perlulah menunjukkan sopan-santun barulah diapandang elok oleh masyarakat.
Tuesday, January 25, 2011
pengaruh bahasa sms
Saya ada terbaca satu kad jemputan yang ditulis oleh pelajar Pendidikan Awal kanak-kanak. Dalam kad jemputan tersebut, saya terbaca ada bahasa sms yang digunakan iaitu, moh ler kiter ke; BENGKEL KESIHATAN KANAK-KANAK..Jadi kesimpulannya, bahasa sms itu semakin meluas digunakan hingga dalam urusan rasmi pun bahasa sms itu digunakan. Pengaruh bahasa sms itu semakin kuat dalam penulisan masyarakat hari ini. Sekian terima kasih.
Pemandu bas kemana?
Hari abtu sudah pasti aktiviti pelajar UPSI mestilah pergi ke pekan kan sebab ada pasar malam. Hari sabtu memang seronok di pasar malam boleh tengok tudung, baju, kasut, selipar, kuih- muih, semua ada. Tapi masalahnya kadang-kadang pengangkutan tidak berjalan dengan lancar. Pelajar terpaksa menunggu lama. para penumpang pun ramai yang menunggu dan yang paling seronok sekali bas penuh sampai kadang-kadang rasa macam bas terlalu berat disebabkan penuh. Sudahlah ramai yang berdiri, dihimpit-himpit lagi masuk ke dalam. Kasihan pelajar upsi.hehehehe...ceritanya bermula apabila pemandu bas yang saya naik tu tak tahu lah hilang ke mana. Bas sudah penuh, jadi kami pun menunggu dalam jangka masa yang agak lama. ramai yang tertekan dan dengan itu terkeluarlah perkataan yang tidak sepetutnya seperti bengong..adoi...sakit hati, benci dan sebagainya. Jadi disini saya melihat kerana terlalu lama menunggu pemandu bas yang hilang, maka perasaaan marah itu menyebabkan perkataan yang kurang sopan terpaksa di ungkapkan. Inilah ragam masyarakat pada hari ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)